Monday, January 15, 2007

connect

hari nih, satu lagi ilmu baru aku pelajari, bagaimana melayari internet dari komputer tanpa melanggan streamyx, dengan hanya menggunakan telefon bimbit.. heh kelakar jugak sebab kaedah nih dah lama digunakan, cuma hari ini baru aku secara rasminya mendapat ilmu ini :P

tambahan lagi, i have unlimited free access for data transfer from my telephone line provider, cool so now i ca surf for free!

so, camana nak melayari internet dengan sebuah telefon bimbit dah sebuah computer?

that's so simple.. cuma pastikan kedua telefon dan computer mempunyai fungsi bluetooth.. on kan dari kedua2 device tu, kemudian setkan data comm. pada telefon bimbit. selepastu set kan modem dari pada computer, carian pada telefon bimbit melalui talian bluetooth yang di aktifkan tadi. then, create a new connection pada computer, dial guna nombor yang disediakan oleh telefon line provider masing2.. kalau tak tau, call diorang dan tanya no dial up tu.

heh, senang jer. ok pas nih bleh aku cancel internet connection kat umah nih... membazir je duit bayar 88 sebulan, kan?

powered by performancing firefox

Monday, January 01, 2007

Slamat tahun baru Malaysia!

Oh well, now it's a brand new year guys, and guess what, malaysia didnt really celebrate the countdown, and know why? it's eid-ul Adha where people are going to Haj. just in a matter of respect i guess.



anyway, 2007 is a VISIT MALAYSIA year, so come and visit our country! lots of fascinating views and entertainments waiting to cheer and welcome you guys.





powered by performancing firefox

Tuesday, October 31, 2006

Hari yang indah!

salah~ ini bukan post menceritakan hari-hari indah, tapi hari bermasalah yang aku hadapi, isnin, hari pertama dalam minggu nih. Bagaimana sesetengah benda boleh mengkhayalkan, begitulah effect internet kepada aku yang jakun ini.

selalunya untuk permulaan minggu, iaitu isnin, akan aku siapkan pakaian kerja bergosok, dan segala kelengkapan disediakan di satu sudut untuk memudahkan urusan diawal pagi. silapnya pagi tadi, aku terlalu khayal dengan keasyikan melayari internet, menyelongkar skript2 yang ada, lantas hambik kau, pukul 4 pagi baru nak tido.

sedang nyenyak aku tido, tiba2 terasa kepala bergegar, lantas telinga dengan pantas mula berkerja dan menyampaikan maklumat kepada otak, membawa kenyataan "bising!". damn, terus mata terbuka, rupanya phone berbunyi.. "macha, what time are you coming la?"~

tu dia, menggelabah tak hingat bila sedar2 rupanya jam dah pukul 8 pagi. K dan Sri dah lama menunggu kat bus stand dari jam 7 pagi seperti yang dijanji. aku yang sepatutnya jemput diorang tuk pergi kerja sama2, skarang dah sangat lewat. kerja masuk jam 8.30..

nak dijadikan cerita, bersiap nak bertolak dah makan masa, aku terus menggelabah sbb terlambat dan jugak memikirkan kawan yang pastinya menyumpah sbb aku lambat! apakan daya.. keluar je bilik, terus aku kunci pintu macam selalu. 1.. 2.. 3.. 4 saat kemudian, *bling* aku tertinggal stokin kat kaki katil.. harapan nak masuk bilik pakai stokin tu tak tercapai, bila rupanya aku sudah tertinggal kunci rumah dan bilik, dalam bilik tu! argh~!!!

terus aku abaikan mana yang boleh, nasib baik dalam kereta ada satu stoking spare. di pendekkan crita, aku memang lambat jemput k dan sri, malah lambat jgak sampai kat ofis. apa nak buat. member mesti panas.. aku punya pasal, diorang pun terlambat.

balik dari ofis, aku sepatutnya singgah ke klcc, jumpa kawan yang sangat jarang dapat berjumpa. plan nya, balik ke rumah, mandi dang pergi ke klcc. tapi alahai apakan daya, kunci ku sudah tinggal, housemate pulak hari ni boleh hilang tah kemana. slalu waktu2 aku balik kerja, semuanya tengah seronok lepak kat rumah. sedihnya aku, menunggu diorang pun sam 9 malam baru sampai, jam tu lah baru aku masuk rumah, jam tu lah baru aku dapat berehat. bye bye klcc. bye bye nana, tak dapat jumpa kali nih.

permulaan hari yang tak betul dah merosakkan perjalanan hari aku yang sepatutnya ceria. aku sakit jiwa.

Thursday, October 26, 2006

keretaku terkunci lagi

all i can say is 'damn~'.. sudah kali ke 3 kejadian yang sama berulang.. sentiasa tertinggal kunci kereta, dalam kereta itu sendiri.. terpaksa aku menyelongkar satu rumah untuk mencari alat yang sesuai untuk mengumpil pintu kereta itu lagi..

kali nih di sebabkan oleh orang bodoh yang sesuka hati meletakkan kereta di tapak parking kereta aku. nak parking boleh, bayarlah sewa sebulan, kemudian parking lah sesuka hati kamu~ ini tidak, ingat condo nih mak bapak kau punya? kemarahan menyebabkan aku tak keruan, lalu dengan tak sengaja tertinggalkan kunci dalam kereta. sekarang sapa yang susah?

Wednesday, October 25, 2006

Raya lah~

teringat minggu terakhir aku bekerja, sebelum cuti raya bermula.. amie selalu tak puasa, makan kat mamak selamber, merokok depan khalayak pun takpa, malah takda sapa nak tegur. siapa dia? atau mungkin takda siapa yang nak hiraukan dia? satu jer jawapan yang ada kat sini, islam nya dia kerana agama, tapi sesungguhnya ibu dia berdarah cina, maka rupa dia pun tak lain dari berketerampilan sebagai seorang cina~ heh taktau lah nak kata dia nih, lucky ker, atau melampau? eh he's a good friend anyway.. kesian sbb dia tak terasa nak pentingkan amalan berpuasa nih.. aku tak cukup hebat untuk menasihati dia.

radin seorang yang kacak, menarik perhatian wanita (heh, promosi percuma), pun sama jugak dua kali lima, pendek kata kami semua serupa. pernah melakukan perkara tak elok bersama. tapi malam sebelum raya lepas, he send me a sms, katanya dia nyaris terlibat dalam satu kemalangan ngeri, mana taknya mangsa yang memandu di hadapannya maut hinggakan terputus badannya menjadi dua.. isk, dia tak dapat menahan sebak lalu menangis, aku yang hanya menerima dan membaca sms tu pun, agak sebak mengenangkan bulan puasa ni yang banyak menarik riwayat umat manusia di malaysia.. puas kerajaan menasihati rakyat supaya berhati hati di jalan raya, tapi tetap tak dapat mengawal keadaan. rasanya, berjuta jugak duit dilaburkan untuk iklan tv komersil, billboard dan lain2 papan iklan.. termasuk lah kos operasi polis yang di gelarkan "ops-sikap".

malam raya, sedang aku memandu menuju ke rumah ibu, saiyed, seorang lagi kawan aku yang digelar 'syaitan' menghubungi aku.. "woi, jom lepak, aku buhsan la.." itu katanya.. haha mamat nih memang tak kenal waktu, asyik dengan sesi melepak dia, taktau ke esok tu dah raya? kesian.. aku yang asyik mengikuti dan menemani kawan-kawan, terasa nak melepak gak dengan dia, tapi apakan daya.. raya lah, inilah masa untuk aku bermesra dengan keluarga tercinta..

Wednesday, August 09, 2006

my adsense income is increasing!

usually i dont really bother about my adsense income, because i always make myself think that adsense is just a bonus. my collection daily is around 10 cents. but 4 days ago, i started to write another 2 blogs.. maknanya skarang sudah ada 3 blog, tapi my adsense income increased to usd2 daily! to be honest, i dont know anything about ctr and whatsoever related to adsense tips.. i am a lazy one.. tambah-tambah income dah meningkat, lagilah malas nak ambil tau pasal ctr tu.

apa lagi, tambah lah lagi koleksi website.. bukan susah pung.

Tuesday, August 08, 2006

empty pocket!

sakit kepala bila poket kosong. client berlambak, payment semua overdue, chet!

baru saja ku pulang dari berjumpa seorang client, he's a ceo, ingatkan nak buat payment, rupanya nak buat perubahan pada web design. penat ku siapkan design yang mahal, boleh pulak dia nak design yang murah dan mudah. hmm, customer is always right.. kan?

jauh tu, dari rawang ker kelana jaya, tol pergi balik jer dah lebih rm10.. kalau boleh claim takpa jugak. apa nak buat, ni lah hidup seorang freelance web designer, kan?

ku penat, menanti kehidupan yang senang, poket yang tak pernah kosong. bilakan masa itu sampai?

sibuk semua orang menjana duit dari internet, kini sudah ku cuba, agak menarik, agak memberansangkan. cuma nak tebus check tu, rasa kurang berbaloi jika angkanya kurang dari 4. bila eh?