Tuesday, October 31, 2006

Hari yang indah!

salah~ ini bukan post menceritakan hari-hari indah, tapi hari bermasalah yang aku hadapi, isnin, hari pertama dalam minggu nih. Bagaimana sesetengah benda boleh mengkhayalkan, begitulah effect internet kepada aku yang jakun ini.

selalunya untuk permulaan minggu, iaitu isnin, akan aku siapkan pakaian kerja bergosok, dan segala kelengkapan disediakan di satu sudut untuk memudahkan urusan diawal pagi. silapnya pagi tadi, aku terlalu khayal dengan keasyikan melayari internet, menyelongkar skript2 yang ada, lantas hambik kau, pukul 4 pagi baru nak tido.

sedang nyenyak aku tido, tiba2 terasa kepala bergegar, lantas telinga dengan pantas mula berkerja dan menyampaikan maklumat kepada otak, membawa kenyataan "bising!". damn, terus mata terbuka, rupanya phone berbunyi.. "macha, what time are you coming la?"~

tu dia, menggelabah tak hingat bila sedar2 rupanya jam dah pukul 8 pagi. K dan Sri dah lama menunggu kat bus stand dari jam 7 pagi seperti yang dijanji. aku yang sepatutnya jemput diorang tuk pergi kerja sama2, skarang dah sangat lewat. kerja masuk jam 8.30..

nak dijadikan cerita, bersiap nak bertolak dah makan masa, aku terus menggelabah sbb terlambat dan jugak memikirkan kawan yang pastinya menyumpah sbb aku lambat! apakan daya.. keluar je bilik, terus aku kunci pintu macam selalu. 1.. 2.. 3.. 4 saat kemudian, *bling* aku tertinggal stokin kat kaki katil.. harapan nak masuk bilik pakai stokin tu tak tercapai, bila rupanya aku sudah tertinggal kunci rumah dan bilik, dalam bilik tu! argh~!!!

terus aku abaikan mana yang boleh, nasib baik dalam kereta ada satu stoking spare. di pendekkan crita, aku memang lambat jemput k dan sri, malah lambat jgak sampai kat ofis. apa nak buat. member mesti panas.. aku punya pasal, diorang pun terlambat.

balik dari ofis, aku sepatutnya singgah ke klcc, jumpa kawan yang sangat jarang dapat berjumpa. plan nya, balik ke rumah, mandi dang pergi ke klcc. tapi alahai apakan daya, kunci ku sudah tinggal, housemate pulak hari ni boleh hilang tah kemana. slalu waktu2 aku balik kerja, semuanya tengah seronok lepak kat rumah. sedihnya aku, menunggu diorang pun sam 9 malam baru sampai, jam tu lah baru aku masuk rumah, jam tu lah baru aku dapat berehat. bye bye klcc. bye bye nana, tak dapat jumpa kali nih.

permulaan hari yang tak betul dah merosakkan perjalanan hari aku yang sepatutnya ceria. aku sakit jiwa.

No comments:

Post a Comment