Wednesday, October 25, 2006

Raya lah~

teringat minggu terakhir aku bekerja, sebelum cuti raya bermula.. amie selalu tak puasa, makan kat mamak selamber, merokok depan khalayak pun takpa, malah takda sapa nak tegur. siapa dia? atau mungkin takda siapa yang nak hiraukan dia? satu jer jawapan yang ada kat sini, islam nya dia kerana agama, tapi sesungguhnya ibu dia berdarah cina, maka rupa dia pun tak lain dari berketerampilan sebagai seorang cina~ heh taktau lah nak kata dia nih, lucky ker, atau melampau? eh he's a good friend anyway.. kesian sbb dia tak terasa nak pentingkan amalan berpuasa nih.. aku tak cukup hebat untuk menasihati dia.

radin seorang yang kacak, menarik perhatian wanita (heh, promosi percuma), pun sama jugak dua kali lima, pendek kata kami semua serupa. pernah melakukan perkara tak elok bersama. tapi malam sebelum raya lepas, he send me a sms, katanya dia nyaris terlibat dalam satu kemalangan ngeri, mana taknya mangsa yang memandu di hadapannya maut hinggakan terputus badannya menjadi dua.. isk, dia tak dapat menahan sebak lalu menangis, aku yang hanya menerima dan membaca sms tu pun, agak sebak mengenangkan bulan puasa ni yang banyak menarik riwayat umat manusia di malaysia.. puas kerajaan menasihati rakyat supaya berhati hati di jalan raya, tapi tetap tak dapat mengawal keadaan. rasanya, berjuta jugak duit dilaburkan untuk iklan tv komersil, billboard dan lain2 papan iklan.. termasuk lah kos operasi polis yang di gelarkan "ops-sikap".

malam raya, sedang aku memandu menuju ke rumah ibu, saiyed, seorang lagi kawan aku yang digelar 'syaitan' menghubungi aku.. "woi, jom lepak, aku buhsan la.." itu katanya.. haha mamat nih memang tak kenal waktu, asyik dengan sesi melepak dia, taktau ke esok tu dah raya? kesian.. aku yang asyik mengikuti dan menemani kawan-kawan, terasa nak melepak gak dengan dia, tapi apakan daya.. raya lah, inilah masa untuk aku bermesra dengan keluarga tercinta..

3 comments:

  1. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  2. slamat hari raya.. thanks for dropping by!

    ReplyDelete
  3. setiap perkara yg terjadi ada sebabnya... mungin ada sesuatu Tuhan nak tunjukkan... benar?

    ReplyDelete